Haiwan peliharaan milik usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri disahkan hilang sejak semalam.

Kucing liar baka Afrika itu kata Aliff terlepas di kawasan rumahnya di Kota Damansara akibat kecuaian pekerjanya.

"Hilang dari semalam berpunca daripada pekerja saya yang cuai dan tak bertanggungjawab.

"Ya Allah kau jumpakanlah kucing aku.

"Perhatian kucing Afrika milik saya hilang dan terlepas di area rumah saya di sekitar Kota Damansara.

"Sesiapa yang nampak hubungi nombor tertera kerana membahayakan orang awam. Saya sudah menghubungi Perhilitan," tulis Aliff.

Hilang dari semalam Berpunca dari pekerja saya yg cuai dan tak bertanggungjawab.... ya allah kau selamatkan kucing aku dodi dan kau jumpakanlah kucing aku... perhatian kucing afrika milik saya hilang dan terlepas di area rumah saya di sekitar kota damansara.. sesiapa yg nampak sila wussp ‭atau call 012 409 2865‬ kerana membayakan org awam.. sy dah tel perhilitan .. sila infom kawan korang yg dok area kota damnsara..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Bagaimanapun, menerusi kemas kini terbaharu, kucing yang diberi nama Dodi itu telah ditemukan semula di salah sebuah rumah jirannya petang tadi.

kucing dodi lari masuk hutan belakng umah.. apa patut saya buat?? . . Hilang dari semalam Berpunca dari pekerja saya yg cuai ... ya allah kau selamatkan kucing aku dodi dan kau jumpakanlah kucing aku... perhatian kucing afrika milik saya hilang dan terlepas di area rumah saya di sekitar kota damansara.. dan masuk ke hutan simpan..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Difahamkan kucing liar itu dibeli Aliff dengan harga mencecah RM30,000.