Tema persembahan mengenai percutian pada minggu keempat program Maharaja Lawak Mega 2-18 (MLM 2018) lalu memberi kelebihan pada kumpulan Taman yang berjaya memikat juri dan penonton.

Pelawak berpengalaman, Douglas Lim merangkap ketua juri MLM 2018 berpandangan persembahan Taman kali ini memang cukup bagus.

"Saya lebih suka 'angle' mereka daripada peserta lain yang bercerita mengenai seronok pergi bercuti tapi lawak mereka pasal cuti yang menyusahkan orang," katanya.

Jelasnya, idea lawak tersebut cukup menarik apatah lagi ramai yang pernah melalui pengalaman sedemikian ketika berurusan di kaunter pejabat kerajaan.

"Man menunjukkan lakonan paling baik. Saya rasa Remy Ishak pun bersetuju bahawa Man pandai berlakon," katanya.

Taman yang turut dianggotai Tauke Jambu mendapat 5 'ha' daripada Douglas pada malam itu.

Peminat dan peminat MLM 2018 boleh mengundi melalui aplikasi TikTok, platform video pendek utama di dunia. Aplikasi ini boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store, https://go.onelink.me/BAuo/mlm.

Sebaik sahaja TikTok dimuat turun, semua yang perlu anda lakukan ialah membuat akaun dengan menghubungkan mana-mana media sosial sedia ada kepada TikTok.

Peminat diberi 10 undi setiap hari bermula Sabtu hingga Khamis. Mereka boleh menghabiskan semua 10 undi kepada satu peserta atau menyebarkannya ke seluruh peserta yang mereka suka.

Eksklusif pada Jumaat, 50 undi diberikan dan sekali lagi mereka boleh membelanjakan semuanya kepada satu peserta atau membelanjakannya sebagai harapan mereka.

Pengundian dibuka sepanjang minggu hingga akhir pertunjukan. Namun, keputusan undian adalah tertakluk kepada terma dan syarat, www.maharajalawakmega.com.my.

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @taukejambu