Pelakon Azwan Kombos memuji isterinya yang juga aktres, Ezzaty Abdullah kerana berpenampilan sopan dengan imej bertudung.

Pujian itu diberikan di dalam kemas kini terbaharu di Instagram (IG) Azwan ketika mereka berada di Dubai.

“Cantiknya dia bila bertudung. Sejuk Mata Memandang,” tulisnya.

Menerusi foto yang dimuat naik, pasangan itu bersama anak mereka Harum Dalia, 1.

Rata-rata turut memuji kecantikan Ezzaty dan berharap agar pelakon itu terus dengan imej berhijab.

Cantiknya dia bila bertudung. Sejuk mata memandang.

A post shared by Azwan Kombos (@azwankombos) on

Pasangan ini berada di Dubai kerana sedang menjalani sebuah penggambaran.

Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai 2016 pada majlis yang diadakan di Bentong, Pahang.

Anak mereka Harum dilahirkan pada 6 Disember tahun lalu.