Selepas kekecohan serta konflik yang berlaku antara kumpulan UNIC dan bekas ahlinya, kini Fitri Haris dikatakan telah menghilangkan diri.


Fitri didakwa tidak dapat dikesan oleh pengurusnya serta pengendali atau admin akaun Instagram (IG) peribadinya di mana dia berada sekarang.


Malah menurut admin tersebut, ayat terakhir dalam kiriman ringkas yang diterimanya Fitri memberitahu trauma untuk membuka IG miliknya sendiri.

[BACA: Isu Tak Menghormati UNIC, Fitri Haris Terpaksa Pakai Kain Pelekat Kerana...]


“Pelbagai hujah dan pendapat yang dibentangkan, saya secara peribadi tidak pasti di mana Fitri berada sekarang.

“Ayat terakhir yang saya dapat dalam mesej ‘aku trauma nak buka Instagram’.

“Terima kasih atas nasihat dan teguran. InsyaAllah kita doakan yang terbaik untuk semua termasuk UNIC,” tulis wakil penyanyi tersebut.

[BACA: "Di Malaysia Ni Ada Dua UNIC Ke? Please Move On..." - UNIC Kecewa Fitri Haris Masih Nyanyikan Lagu Mereka]

Namun menerusi kemaskini terbaharu di IGnya, Fitri membuat kemunculan dan memberitahu pengalamannya bersama anak-anak tahfiz malam semalam.



Terdahulu, kumpulan nasyid UNIC kesal dengan tindakan bekas ahli mereka, Fitri yang masih menyanyikan lagu kumpulan itu walaupun telah bergerak secara solo.

UNIC kini dianggotai oleh tiga orang ahli iaitu Bazli Hazwan, Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin dan Wan Najdi Wan Mohd.