Bintang Gegar Vaganza 5 (GV5) dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah kononnya penyanyi itu menghina pekerjaan tukang cuci (cleaner).

Jelas Amelina, individu terbabit telah mencetuskan provokasi di Instagramnya secara keterlaluan dan enggan berdamai.

Malah, akaun itu telah menyekat akses Amelina hingga memaksanya untuk berhubung dengan peguam bagi mengelakkan masalah itu berlarutan.

"Ini adalah kisahnya apabila Kak Long hilang sabar, naik angin dan hampir-hampir nak jadi hulk disebabkan sikap kurang cerdik sesetengah netizen yang masuk ke laman media sosial Kak Long dan menimbulkan kekecohan melampau!

"Kak Long memang giler, tingtong dan sporting tapi sorry sangat Kak Long terpaksa mengaku yang Kak Long tak boleh handle & cepat emotional dengan manusia yang sengaja nak wujudkan sentimen negatif, menghasut & memfitnah.

"Sangat tak faham sesetengah mereka sanggup create fake account dan kemudian sengaja masuk kat semua IG artis untuk provoke menyakitkan hati.

"Dah takde kerja lain ke?! Nmpk sgt kehidupan mereka ni sedih dan malang," tulis Amelina di Instagramnya.

#NewsUpdate Ini adalah kisahnya apabila Kaklong hilang sabar, naik hangin & hampir2 nak jadi hulk disebabkan sikap kurang cerdik sesetengah netizen yg masuk ke laman media sosial Kaklong & menimbulkan kekecohan melampau! ?? . Kaklong mmg giler, tingtong & sporting tapi sorry sgt Kaklong terpaksa mengaku yg Kaklong tak boleh handle & cepat emotional dgn manusia yg sengaja nk wujudkan sentimen negatif, menghasut & memfitnah. Sgt tak faham sesetengah mereka sanggup create fake account & kemudian sengaja masuk kt semua IG artis utk provoke menyakitkan hati. Dah takde kerja lain ke?! Nmpk sgt kehidupan mereka ni SEDEHHH & MALANG... . S W I P E T O T H E L E F T for more kenyataan panas & “berbara” Kaklong. Thanks so much adikku @farolmustafa dari @mhetv.my kerana peka dgn isu sebegini. Kaklong sgt hargai.. ❤️??? . #MindOrder #MindOrderManagement #Amelina #AmelinaxMindOrder #GengKaklong #TeamAmelina @mindorder @amelinasoul @mhetv.my

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on


Terdahulu, Amelina memuat naik beberapa rakaman video ketika penggambaran program Trek Selebriti di sebuah kilang tempatnya bekerja 25 tahun dahulu.

Baca: "Gaji Cuma RM450, Tak Pernah Cuti Raya Kejar Double Triple Pay" - Amelina Dedah Pengalaman Kerja Kilang 25 Tahun Lalu

Menerusi video terbabit, Amelina secara berseloroh mengatakan dia tidak mungkin diterima bekerja kembali melainkan jawatan cleaner yang sesuai untuknya.

Malangnya, video itu mengundang perspektif negatif segelintir netizen.