Penyanyi popular Hollywood, Rihanna telah meluangkan masa bersama teman lelakinya, jutawan terkenal Hassan Jameel menikmati makan malam di sebuah restoran mewah di Santa Monica pada malam Selasa lalu.

Perkara itu telah mengejutkan industri hiburan Hollywood kerana rata-rata peminat Rihanna menyangka hubungannya bersama Hassan sudah berakhir.

Menurut sumber, pasangan ini diiring pengawal keselamatan dan memasuki ruang privasi untuk menikmati makan malam bersama selama tiga jam.

Selain itu, pasangan ini turut kelihatan menghadiri sebuah majlis anjuran syarikat kereta mewah baru-baru ini.

Rihanna dan Hassan mula berkenalan pada tahun lepas, kehidupan mewah mereka berdua sering menjadi tumpuan peminatnya di seluruh dunia.

Sumber : E News