Penyampai radio ERA, Hanif Hamzah kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia yang sanggup beratur panjang bagi mendapatkan tiket separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki.

Menerusi entri di Instagram ERA, Hanif sempat berkongsi beberapa tips dengan orang ramai supaya mendapatkan tiket dengan cara yang mudah.

Siapa yang nak pegi stadium beli tiket ni @haniff_hamzah ada kat sana sekarang. #LiveUpdate #AFFSuzukiCup2018

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on


Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan memulakan jualan tiket secara online di Ticket Hotline pada Isnin lalu dan 20,000 keping tiket telah terjual.

Mereka meneruskan penjualan sebanyak 20,000 keping lagi pada hari selasa dan ianya habis terjual sebelum tengah hari.

Kini kuota penjualan tiket secara online telah penuh dan FAM memaklumkan baki 40,000 keping tiket akan dijual secara fizikal di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan butik Al-Ikhsan terpilih bermula hari ini (Khamis) dengan pembahagian masing-masing 30,000 dan 10,000 keping tiket.

Difahamkan tiket yang berada di butik Al-Ikhsan telah habis dijual sebanyak 10,000 keping tiket.
Dalam kempen Piala AFF Suzuki untuk separuh akhir pertama, Malaysia akan bertemu dengan Thailand selaku naib juara Kumpulan A pada 1 Disember ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sementara itu, perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Thailand pada 5 Disember ini.

wahhhh meriahhhh!! lokasi Jualan tiket di seluruh tempat yang diedarkan.. tahniahhh! tiket dijangka habis hari ini! ??????? #demiMalaysia #nationalCalling @ultrs_sports . . #harimauMalaya #MalaysiaThailand #ultrasMalaya #utlr #ekor

A post shared by harimau malaya (@ultrs_sports) on


Ada Jualan murah ke tu pagi ni? ???? cepat! tiket limit 5 seorang sahaja.. kaunter akan dibuka hari ni sehingga habis.. jika penjualan habis dijual hari ini.. kaunter tiket akan ditutup utk esok dan sabtu.. @ultrs_sports . . #harimaumalaya #um07 #ultrasmalaya #affsuzukicup2018

A post shared by harimau malaya (@ultrs_sports) on