Sinonim dengan segmen Parodi MeleTOP, aksi terbaru pelawak dan pengacara Jihan Muse meniru gaya serta suara penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuit hati peminat.

Menerusi parodi terbabit, pengacara program Gegar Vaganza itu meniru aksi Siti dalam muzik video single terbarunya, Anta Permana.

Dimuat naik di saluran YouTube MeleTOP dua hari lalu, video tersebut sudah meraih lebih 122,000 tontonan serta mendapat respon positif netizen.


Rata-rata peminat terhibur sehingga pecah perut apabila melihat Jihan meniru gaya Siti.

Video penuh di youtube @meletop @ctdk #antapermana #antapimana #parodimeletop #jihanparodi

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on



Bukan sahaja aksi dalam muzik video Anta Permana, Jihan juga meniru suara pertuturan Siti.

Malah, ada netizen yang menggunakan nama Mohd Syukri mengakui dia telah menonton video parodi tersebut sebanyak lima kali tanpa bosan.





Dalam perkembangan lain, program yang diacarakan oleh Jihan, Bintang Minggu Ini sedang hangat bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 25 November lalu.