Kehangatan hiburan pada hujung minggu kini diteruskan dengan program Bintang Minggu Ini.

Penonton bakal dihiburkan dengan persembahan menarik daripada penyanyi popular Malaysia dan budak baru nak up (BBNU) daripada program Big Stage.

Bintang Minggu Ini merupakan sebuah program santai terbaru yang akan dihoskan oleh pelawak dan pengacara hebat iaitu Jihan Musa.


Bintang Minggu Ini menampilkan Siti Sarah, Mark Adam, Wany Hasrita, Tajul, Haqiem Rusli, Suffian Suhaimi, Syamel dan Ernie Zakri.

Penonton juga akan ditemani dengan kehebatan vokal Bintang Big Stage, Khai Bahar, Ara Johari, Siti Nordiana dan Misha Omar.

Sepanjang lapan episod Bintang Minggu Ini akan disiarkan, anda bakal disajikan dengan persembahan menarik serta mengetahui kisah-kisah menarik penyanyi pujaan anda menerusi temubual yang dilakukan oleh Jihan.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan persembahan menarik penyanyi kegemaran anda menerusi program terbaharu Bintang Minggu Ini.

Bintang Minggu Ini dibawakan oleh Vivo bersiaran setiap Ahad, pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 25 November lalu.

Vivo kini tampil dengan Vivo V11i pada harga RM 1099. Telefon pintar V11i ini dijana dengan cip pemproses MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dan storan sebesar 128GB.

Ia juga turut dilengkapi skrin 6.3-inci LTPS FHD+ dengan rekaan takuk kecil berbentuk titisan air. Untuk spesifikasi kamera utama peranti, Vivo V11i menggunakan dwi-kamera gabungan 16-megapixel + 5-megapixel sekaligus dapat menghasilkan gambar bokeh yang baik.

Manakala kamera hadapan peranti pula hadir dengan 25-megapixel yang amat sesuai untuk pengambilan swafoto yang jelas. Sebuah bateri sebesar 3315mAh dibekalkan dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang peranti.