Penyanyi Fynn Jamal tampil menjelaskan situasi sebenar suaminya yang dianggap hanya duduk di rumah tidak bekerja.

Menerangkan perkara sebenar, kata Fynn hanya dia dan keluarganya tahu apa yang berlaku dan tidak adil untuk masyarakat menjatuhkan hukum atas sebab segelintir lelaki yang disifatkan 'biawak hidup'.

"Minggu lepas dia tiba-tiba cakap pada aku; Saya rasa sampai sekarang orang fikir saya duduk rumah tak buat apa macam dulu orang fikir masa kita kat Kazakhstan tu.

"Aku senyum pahit. Tak mampu nak bangkang. Aku cuma genggam jari dia.

"Kalau dia memang takat duduk rumah jaga anak pun tapi dia membahagia aku, kat mana dosanya?

"Dulu di Kazakhstan pun, bukan dia kerja tidur je. Dia bangun tiap malam buat susu anak, vacuum rumah, basuh pinggan, kemas katil, jaga email, buat deal. Macam-macam, cuma orang tak tau.

"Masyarakat suka samakan setiap entiti di dalamnya.

"Hanya sebab ada suami yang memang macam biawak duduk mengangkang kat rumah tanpa buat apa-apa dan expect gaji bini macam dalam drama tu, habis dipukul rata semua suami dlm dunia," kata Fynn.

minggu lepas dia tiba2 ckp pada aku: saya rasa sampai skang org fikir saya duduk rumah xbuat apa mcm dulu org fikir masa kita kat kazakhstan tu. . aku senyum pahit. tak mampu nak bangkang. aku cuma genggam jari dia. . kalau dia memang takat duduk rumah jaga anak pun— tapi dia membahagia aku— kat mana dosanya? . dulu di kazakhstan pun, bukan dia kije tidur je. dia bangun tiap malam buat susu anak, vacuum rumah, basuh pinggan, kemas katil, jaga email, buat deal. macam2. cuma orang tak tau. . masyarakat suka samakan setiap entiti di dalamnya. hanya sbb ada suami yg mmg mcm biawak duduk mengangkang kat rumah tanpa buat apa2 dan expect gaji bini mcm dlm drama tu— habis dipukul rata semua suami dlm dunia. . worse; sbb suami sendiri miang jahat gagal laknat— habis suami aku dituduh sama. . tu laki kau, giler. . sometimes aku rasa ada peratusan suami aku tersungkur dgn sakit dia bersebab pressure masyarakat. but worry not. aku tak salahkan sesiapa. . we cant change the world, but we can change our attitude in facing them. . ditambah pulak dgn ‘ain yg rasulullah saw mmg cakap adalah hakikat. social media mmg lubuk mata2 jahat. so the blame is on us lifesharer. . kita dok hulur tengkuk. cuba duduk dlm gua. mana ada org tengok. hahaha. . right now byk lagi yg sdg aku perbetul. insyaallah aku pasti sesikit mana pun kemampuan aku, aku adalah seorg yg mampu mempengaruh. الله bagi aku bakat sbg influencer. ini peluang aku utk decide: nak syurga ke nak neraka. . perhaps keizinan الله pada segala kesilapan aku dulu2 adalah utk aku memperbetulnya; dan kerana aku memperbetul di mata masyarakat, ia dapat memberi lebih kesan agaknya. wallahu a’lam. . in a way, aku kira, ada logiknya. . mmg la ada je org nak dgr macammana anak dato’ buat talk pasal struggle dia nak berjaya dalam bisnes. tapi lagi mahal kalau anak nelayan yg buat sharing pasal effort dia jadikan company dia listed. . mungkin itu. . mungkin الله izinkan aku suami isteri dan anak2 terkedepan utk menjadi bukti— . kita bukan asal kita, dari mana kita datang— tak tentukan siapa kita nantinya. . :) . org ttp mengata. kena biar je. . ramai kena jawab pada awak kat akhirat nanti, sayang. ramai giler.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on


Fynn yang juga kini seorang usahawan mengakui media sosial medan untuk menyebarkan perkara tidak betul.

Malah, menjadi tugasnya sebagai individu berpengaruh di media sosial untuk memperbetulkan perkara yang tidak tepat.

"Orang tetap mengata, kena biar je.

"Ramai kena jawab pada awak kat akhirat nanti, sayang. ramai giler," tambahnya.

Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin telah mendirikan rumah tangga dengan Hazrilfitri Hadzir pada tahun 2010.