"Gaji Cuma RM450, Tak Pernah Cuti Raya Kejar Double Triple Pay" - Amelina Dedah Pengalaman Kerja Kilang 25 Tahun Lalu

Hiburan

Bintang Gegar Vaganza 5 (GV5), Amelina mendedahkan pengalamannya bekerja di sebuah kilang di Nilai, Negeri Sembilan sebagai operator pengeluaran sekitar 25 tahun lalu.

Kata Amelina, walaupun cuma dibayar gaji RM450 sebulan, dia gembira sepanjang setahun setengah bekerja di kilang tersebut dan berjaya membantu menyara keluarganya.

"25 tahun lalu, di sinilah Kak Long memulakan hidup sebagai operator pengeluaran selepas tamat sekolah. 

"Kilang #TDK Nilai adalah ruang Kak Long menimba seribu satu pengalaman, belajar erti berdikari dan paling penting gaji Kak Long cuma RM450 kat sini.

"Sepanjang setahun setengah bekerja, Kak Long berjaya membantu mak abah, adik-adik semua. Alhamdulillah atas rezeki," katanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

25 tahun lalu, disinilah Kaklong memulakan hidup sbg operator pengeluaran selepas tamat sekolah. Kilang #TDK Nilai adalah ruang Kaklong menimba seribu satu pengalaman, belajar erti berdikari & paling penting gaji Kaklong cuma RM450 kt sini sepanjang setahun setengah bekerja, Kaklong berjaya membantu mak abah, adik2 semua. Alhamdulillah atas rezeki.. 💗💗💗 . Bayangkan Kaklong giler cari duit masa tu tau. Tak pernah cuti walaupun raya ke, birthday ke yg penting nk kejar segala double triple pay, mmg seronok! Rindunya Kaklong dgn semua kwn2 kt TDK, mana korang semua?! 😭😩😍 . Kaklong tak pernah malu atau rendah diri menjadi gadis kilang dulu tau. Biarlah apa org nak kata yg penting Kaklong cari rezeki halal. Kt sini juga Kaklong mencari keyakinan utk mencuba menjadi anak seni. Alhamdulillah jalan itu dipermudahkan. Syukur! 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 . Terima kasih adikku @realckfaizal yg temankan Kaklong petang ni sampai ke Nilai utk rakaman program #TrekSelebriti. Meriahkan sambutan keluarga #TDK melayan Kaklong?! Thanks so much semua! ❤️🙏🏻🌺 . #MindOrder #MindOrderManagement #Amelina #AmelinaxMindOrder #GengKaklong #TeamAmelina #GadisKilang #MinahKilang #OperatorPengeluaran #TapiGayaMcmSecretary #RatuTDKDulu2Tauuu

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on


Malah, dedah Amelina dia pernah taksub bekerja hingga sanggup untuk bekerja pada hari cuti umum demi mengejar gaji berganda.

"Bayangkan Kak Long giler cari duit masa tu tau. Tak pernah cuti walaupun raya ke, birthday ke yang penting nak kejar segala double triple pay, memang seronok! 

"Rindunya Kak Long dengan semua kawan-kawan kat TDK, mana korang semua?!" tambah Amelina.

Jolokan gadis kilang kata Amelina tidak pernah mematahkan semangatnya untuk mencari rezeki halal.

"Kak Long tak pernah malu atau rendah diri menjadi gadis kilang dulu tau. 

"Biarlah apa orang nak kata yang penting Kak Long cari rezeki halal. 

"Kat sini juga Kak Long mencari keyakinan untuk mencuba menjadi anak seni. Alhamdulillah jalan itu dipermudahkan. Syukur!" kata Amelina lagi.

Kisah menarik Amelina itu merupakan sebahagian daripada rancangan Trek Selebriti yang dihoskan oleh CK Faizal dan bakal disiarkan tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan