Pelakon cantik, Puteri Aishah telah mengundang perhatian ramai orang apabila berkongsi beberapa foto di laman Instagram miliknya.

Menarik perhatian netizen, Puteri kelihatan anggun mengenakan gaun pendek ketika hadir majlis makan malam eksklusif bersama supermodel Bella Hadid semalam.

Pelbagai komen dilontarkan netizen dalam entri itu, antaranya mengatakan rupa paras Puteri seperti artis hollywood, Ariana Grande.

"@penatasya: I thought you were Ariana Grande for a second."

"@amyshaaa__: Like @arianagrande."

"@faizmirz: @arianagrande amacam."

"@btrsyianuha: The second picture is really looks like @arianagrande."

"@isyantsy: Ariana grande Malaysia."

Namun begitu, ada segelintir netizen yang beranggapan busana yang digayakan Putri kelihatan agak seksi.

Biarpun dikritik netizen yang biadap, Puteri langsung tidak membalas komen terbabit dan memilih untuk senyap.

Dalam perkembangan terkini, Puteri bakal muncul dalam drama bersiri Selafaz Cinta mulai 27 November ini.

Selain Puteri, drama Selafaz Cinta ini turut menampilkan pelakon Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Luqman Hafidz, Riz Amin, Cha Cha Maembong, PU Rizz dan ramai lagi.

Selafaz Cinta akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).