Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menemui sebuah dompet kecil berisi sejumlah wang pada pagi tadi ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Menurut Rebecca, dompet itu ditemui ketika singgah di kedai serbaneka 7 Eleven di kawasan Ukay Perdana.

Perkara itu dikongsi Rebecca menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya bertujuan untuk mencari individu yang kehilangan dompet tersebut.

“Pagi tadi sekitar pukul 11.30 pagi, saya singgah di 7 Eleven kawasan Ukay Perdana ketika dalam perjalanan ke pejabat.

“Saya terjumpa dompet kecil ni, ia berisi sejumlah wang tapi tiada kad pengenalan.

“Ada beberapa resit yang menunjukkan nama individu ini, namanya adalah Abdul Halim Bin Zuraimi.

“Saya harap anda membaca apa yang saya tulis ini atau sesiapa yang mengenalinya sila maklumkan kepadanya,” tulisnya sebagai kapsyen.

Assalammualaikum Pagi Ni Dalam Kol 11.30am Mummy Becca Nak g office Tapi Mummy Becca singgah 7Eleven Area Rumah Mummy Becca Di Ukay Perdana... .. .. Mummy Becca Terjumpa Beg Duit Kecil Ni,Yang Dalam Nya Ada Duit,Tapi Tak Ada IC ke apa..... .. .. So kepada Owner Wallet Kecil Ni,Kalau Anda Baca ni Anda Boleh dapat kan Wallet Anda Di Office Saya Ya ,whatsapp staff Saya +60126015308 Dan Di Dalam Wallet ni ada Duit Dan Beberapa Resit yg ada nama Anda rasa nya Di Dalam ni.. .. .. Rasa nya Anak Muda lagi ni,Sebab Resit nya Resit Licence Memandu.. Nama Yg tertera Di Resit ni AdaLah Abdul Halim Bin Zuraimi.. .. .. Harap2 Anda Baca La Apa yg Saya tulis ni,Atau Kepada Sesiapa Yg Mengenali Beliau ?Ameen .. .. .. #mrsazam #terjumpaWalletOrg #AdaDuitPlakTu #27112018 #bekindhavecourage

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on


Dalam pada itu, Rebecca turut memberi nombor staffnya yang boleh dihubungi untuk menuntut dompet tersebut.