Menerusi foto yang dikongsi akaun rasmi Instagram Sinar, majlis hari lahir itu meriah sekali apabila dia menyambutnya disamping tiga orang isterinya.
Entri tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata kagum dengan keharmonian rumah tangga selebriti itu.
Malah terdapat peminat yang meminta Salih berkongsi rahsia kebahagiaan bersama tiga orang isterinya.
Salih turut dihujani ucapan hari lahir.
Terdahulu, Salih pernah berkahwin dengan empat orang isteri namun jodohnya bersama isteri kedua tidak berpanjangan dan berpisah pada tahun 2016.