Pelakon Fasha Sandha bersyukur selepas 16 tahun berada di dalam industri lakonan, dia masih berlakon dan memegang watak utama.

Namun menurut Fasha untuk mengekalkan kedudukannya itu dia perlu berdisiplin, pandai menjaga diri serta berterus-terang jika ada perkara yang tidak menyenangkan.

Fasha berkata bukan semua orang akan suka dengan pendiriannya tapi sekurang-kurangnya dia tidak ‘mengata’ orang di belakang.

“Ramai tanya, 16 years in the industry, kenapa saya masih ada, masih berlakon. Masih pegang watak utama.Syukur Alhamdulillah, Rezeki Allah bagi.

“Sekadar berkongsi...Apa rahsia untuk kekal? Senang..Disiplin dan komitmen no 1 kena jaga... jadi diri sendiri, cakap depan2 jangan cakap belakang2. Ada apa2 tak puas hati, cakap baik2 dan tegur, kalau orang tu boleh terima, terima , kalau tak boleh... apa kita boleh buat.


“Asalkan apa yang kita buat tu betul. Kita jujur dan tak dapat DOSA mengata di belakang.
Dalam dunia ni bukan semua orang suka kita dan kita tak boleh paksa orang suka kita. Kalau nak mengata belakang i, i tak kisah, dipersilakan.. kata la berbakul2 pun... i akan masih disini selagi i kuat bekerja,” tulisnya.

Fasha berkongsi luahan perasaannya itu di akaun Instagram (IG) miliknya.

Rata-rata bersetuju dengan pendapat Fasha dan kagum dengan pendirian ibu tunggal kepada dua orang anak itu.

Fasha bercerai dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Januari 2016.

Pelakon wanita itu baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan pelakon Aidil Aziz pada 18 November baru-baru ini.

Ramai tanya, 16 years in the industry, kenapa saya masih ada, masih berlakon. Masih pegang watak utama, ... Hmmmmm Syukur Alhamdulillah, Rezeki Allah bagi Sekadar berkongsi... Apa rahsia untuk kekal? Senang.., Disiplin dan komitmen no 1 kena jaga... jadi diri sendiri, cakap depan2 jangan cakap belakang2. Ada apa2 tak puas hati, cakap baik2 dan tegur, kalau orang tu boleh terima, terima , kalau tak boleh... apa kita boleh buat. Asalkan apa yang kita buat tu betul. Kita jujur dan tak dapat DOSA mengata di belakang. Dalam dunia ni bukan semua orang suka kita dan kita tak boleh paksa orang suka kita. Kalau nak mengata belakang i, i tak kisah, dipersilakan.. kata la berbakul2 pun... i akan masih disini selagi i kuat bekerja. ❤️ #justsharing #semuasalahku #slotlestarytv3

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on