Bekas peserta GegarVaganza musim pertama Sharifah Zarina tidak tahu tentang kewujudan garam masala malah tidak mengenali bahan masakan tersebut.

Malah penyanyi Langit Ketujuh itu mengakui hanya tahu masala digunakan untuk memasak, tetapi tidak menyedari kewujudan garam masala sebagai bahan masakan.

Bagaimanapun kekeliruan Sharifah Zarina akhirnya dileraikan Chef Kamarul yang memberi penerangan terperinci mengenai garam masala.

Menerusi episod ke-13 Dapur 2 Pintu pada malam ini juga menyaksikan Chef Kamarul menunjukkan cara-cara menyediakan Roti Puri dan Kima Daging mengunakan garam masala bersama rempah ratus yang lain.

Menariknya, sambil memasak Sharifah Zarina sempat berkongsi mengenai perkembangan terkini dirinya.

Menurut Sharifah Zarina, dia masih meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan bercadang untuk membuka taska selepas tamat pengajian nanti.

Sambil berkongsi mengenai perkembangan dirinya, Sharifah Zarina sempat membantu Chef Kamarul menyediakan minuman Strawberi Lassi.

Jangan lupa saksikan Dapur 2 Pintu episod terakhir pada malam ini bermula jam 9.30 malam di saluran Astro Prima (108) dan Maya HD (132).

Dapatkan resepi Dapur 2 Pintu di Aplikasi Suudu dengan memuat turun aplikasi Suudu di App Store atau Google Play.

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram/ suuduasia serta Suudu Facebook/OfficialSuudu.