Syafie Naswip gembira kerana ramai peminat filem tanah air sudah mula memanggilnya dengan panggilan Mat Dan sejak filem Polis Evo 2 ditayangkan kepada umum bermula 20 November lalu.

“Meskipun saya bermula sejak kecil, tetapi saya anggap Polis Evo 2 dan Mat Dan adalah platform permulaan untuk saya sebagai pelakon muda untuk mempelbagaikan teknik lakonan, kefahaman, ilmu dari sudut teknikal, emosi, mahupun praktikal.

. Meskipun saya bermula sejak kecil, Tetapi saya anggap Polis Evo 2 & Mat Dan adalah platform permulaan untuk saya sebagai seorang pelakon muda untuk mempelbagaikan teknik lakonan,kefahaman,ilmu dari sudut teknikal,emosi,teori mahupun praktikal. Saya membawa nama Yasmin Ahmad 12 tahun lalu, Dan akan terus membawa namanya sampai akhir hayat. Dulu mungkin orang selesa memanggil saya Mukhsin, Wadi. Jadi saya okay je kalau anda nak mula panggil saya Mat Dan. ???? Kerana saya rasa lebih disayangi bila orang menghargai hasil kerja saya. kerja yang baik itu perlukan masa dan kesabaran, Jadi saya berusaha untuk ke arah itu. Insyallah.?

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on


“Saya membawa nama Yasmin Ahmad 12 tahun lalu, dan akan terus membawa namanya sampai akhir hayat.

“Dulu mungkin orang selesa memanggil saya Mukhsin, Wadi. Jadi saya okay je kalau anda nak mula panggil saya Mat Dan.

“Kerana saya rasa lebih disayangi bila orang menghargai hasil kerja saya. Kerja yang baik itu perlukan masa dan kesabaran, jadi saya berusaha ke arah itu. InsyaAllah.

Rata-rata peminat memberikan komen yang positif dengan lakonan Syafie dalam Polis Evo 2.

Kata @izs.azman “Now Mat Dan dah jadi one of my fav character dalam portfolio lakonan dik Ayie”.

@breenamars “You’re one of Malaysia’s bests. Keep it up”

@muhamad_aimanisa “Mat Dan berantuuu dah nii…”

@ainyzty_ “Terbaikkk Mat Dan”