Ketika perlawanan berehat di separuh masa, seorang lelaki melamar teman wanitanya dan lebih istimewa, lamaran itu turut dipancarkan melalui skrin gergasi di stadium.
Imej skrin yang tertulis 'Jom kahwin saya Shinna' itu rancak dikongsi pengguna media sosial, sekali gus menimbulkan pertanyaan siapakah gadis bertuah itu.
Malaysia 2-0 up at the break but more importantly for this fan, she said yes!!!!How’s that for half-time entertainment? #AFFSuzukiCup18 #MASvMYA pic.twitter.com/w9acVxXd86
— Matthew Mohan (@MatthewMohanCNA) November 24, 2018
Kepada Shinna, kahwinilah dia. He’s a... keeper. ? #HarimauMalaya #MASvMYA #AFFSuzukiCup18 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/k5djngbsq6
— Team Malaysia (@TeamMsia) November 24, 2018
Pengguna laman sosial juga berkongsi video saat lelaki berkenaan melutut dan melamar gadis bertuah itu, malah video yang sama juga dikongsi oleh laman Facebook rasmi AFF Suzuki Cup.
Menerusi video itu, dapat dilihat pasangan itu dikelilingi keluarga dan si jejaka turut membawa bunting yang tertulis 'Let's Get Married Lah'.
Disaksikan ratusan penonton, gadis itu dilihat menyeka air mata kegembiraan dan memberikan jawapan 'ya', sebelum disarungkan cincin.
Identiti sebenar pasangan sweet ini masih belum dikenal pasti.