Sempena filem Wreck It Ralph 2: Ralph Breaks The Internet yang menampilkan watak Ralph dan Vanellope masuk ke dalam dunia internet, dalam filem ini, Ralph terpaksa belajar untuk menjadi millennial! Siapa tidak ingin menjadi lebih mantap, kan?

Dengan itu, kami melakukan cabaran dengan membawa dua orang makcik mengalami dunia ‘millenial’!

Kami fikir ia akan menjadi lucu untuk menguji ‘makcik’ sama ada mereka mengetahui kata-kata milenium atau sebaliknya.

Seorang selebriti media sosial, Adibalexx cuba mencabar dua orang wanita yang berpangkat 'makcik' untuk menjawab beberapa soalan berkenaan 'millenial'.

Memberi cabaran terhadap Sheila Mambo dan Mama Sheeda, Adib bertanyakan mengenai beberapa slang 'millenial'.

Menerusi video ini, anda tidak akan kering gusi apabila menontonnya. Ada slang yang tidak pernah didengar sebelum ini tetapi ditanya kepada 'makcik'.

Antara slang yang perlu diteka ialah helokk, X-list, pishang dan bermacam lagi yang pasti anda sendiri tidak menduga apabila mendengar jawapannya.

Jawapan yang diberikan pulak sangat melucukan. Hahaha nak tahu apa yang dijawab oleh dua orang 'makcik' ini? Kena la tengok sendiri video penuh ini.

Haaa..peringatan untuk anda semua! Pastikan menonton video ini sampai habis.

Di penghujung video ini, dua orang 'makcik' ada melakukan sesuatu sama seperti jalan cerita filem ini. Lucu melihat gelagat mereka.



Filem Wreck It Ralph 2:Ralph Breaks The Internet merupakan filem fantasi arahan Rich Moore dan Phil Johnston yang menemui penonton mulai 22 November ini.

Merupakan sekuel untuk Wreck-It Ralph (2012), kami berkesempatan menonton filem ini seminggu lebih awal di acara Press Screening yang berlangsung di MBO Starling.

Best! Itu merupakan perkataan pertama yang keluar selepas kami selesai menonton filem ini. Kami senaraikan tiga sebab kenapa anda harus menonton Wreck It Ralph 2: Ralph BreaksThe Internet:

1. Perkembangan terbaru Ralph dan Vanellope.

Mesti anda nak tahu bagaimana rupa terkini mereka berdua? Walaupun sudah enam tahun, Ralph dan Vanellope masih sama sahaja seperti dalam Wreck-It Ralph (2012)! Saiz, bentuk tubuh badan, kekal serupa!

2. Ikatan persahabatan

Ikatan persahabatan antara Ralph dan Vanellope membuatkan filem ini tidak hanya menyajikan hiburan semata-mata. Elemen persahabatan diterapkan oleh mereka sebagai mesej penting dalam filem ini.

3. Unsur kegigihan

Kelemahan Vanellope masih dengan 'glitch'. Untuk kali ini, Vanellope gigih mengejar cita-citanya sehinggakan terlupa tanggungjawab terhadap orang di sekeliling.

Bukan sahaja Vanellope tetapi Ralph juga sanggup melakukan video viral untuk mendapat perhatian dunia dan duit. Memang betul-betul nak ‘breaks the internet!

Pelbagai mesej yang cuba disampaikan dalam filem Wreck It Ralph 2: Ralph Breaks The Internet.

Antaranya adalah internet boleh memberi keburukan sekiranya tidak dikawal sebaik mungkin.

Anda yang menonton juga akan melihat jenama-jenama besar yang diterjemahkan dalam bentuk berbeza.

Dalam filem itu boleh melihat sekumpulan burung biru sedang bersiul-siul yang membawa maksud ‘tweeting’! Kreatif kan!

Cukup la tu Gempak kongsi sedikit..Kalau nak tahu cerita penuh, jangan lupa berkunjung ke pawagam berdekatan anda dan tonton sendiri. Pasti takkan menyesal dan rugi!

Untuk menyemak lokasi, waktu tayangan dan status tiket filem Wreck It Ralph 2: Ralph Breaks The Internet, klik link INI.