Penyanyi Siti Sarah Raissuddin bersyukur lagu nyanyiannya, Semakin berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Ini merupakan penyertaan pertama Sarah ke pentas besar terbabit setelah lebih 16 tahun terlibat dalam dunia seni.

Sebelum ini, Sarah sering menyertai pentas Separuh Akhir Muzik Muzik tetapi lagu-lagu nyanyiannya gagal ke pentas AJL.

Sarah yang kini masih berada di Mekah kerana menunaikan Umrah meluahkan rasa berterima kasih menerusi sebuah posting terbaru di laman Instagram miliknya.

"Assalamualaikum.. Saya dan suami masih di tanah haram Mekah..

"Saya baru mendapat berita di mana dengan izin Allah, lagu SEMAKIN mara ke Juara Lagu 33.

"Dengan rendah hati saya ingin berterima kasih kepada semua yang mengundi SEMAKIN hingga ke semi final dan juri yang memilih lagu SEMAKIN ke peringkat akhir Juara Lagu.

"Alhamdulillah... Setelah beberapa belas tahun akhirnya penantian saya dimakbulkan ALLAH..

"Syukur Syukur Syukur Ya Allah.. Terima kasih MERA UTAMA @shuibsepahtu @muzikmuzik_33 @indigitalmusic," tulis Sarah.

Assalamualaikum.. saya dan suami masih di tanah haram Mekah.. saya baru mendapat berita dimana dengan izin Allah lagu SEMAKIN mara ke Juara Lagu 33,dengan rendah hati saya ingin berterima kasih kepada semua yg mengundi SEMAKIN hingga ke semi final dan juri yg memilih lagu SEMAKIN ke peringkat akhir Juara Lagu Alhamdulillah ... Setelah beberapa belas tahun akhirnya penantian saya dimakbulkan ALLAH .. Syukur Syukur Syukur Ya Allah .. Terima kasih MERA UTAMA @shuibsepahtu @muzikmuzik_33 @indigitalmusic

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on


Lagu Semakin merupakan ciptaan sepenuhnya oleh suami Sarah, pelawak Shuib Sepahtu yang menggunakan nama pena Mera Utama.

AJL33 bakal berlangsung pada 3 Februari 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil.