Aktres jelita, Kilafairy berkongsi gambarnya mempromosi produk penjagaan wanita.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Namun begitu, lain pula yang menjadi perhatian segelintir netizen yang berasa kurang selesa melihat baju yang dipakai Kila dalam gambar terbabit.

Menurut mereka, fabrik baju itu agak nipis dan kelihatan kurang sopan di bahagaian dada pelakon itu.

Walau bagaimanapun, Kila memilih untuk berdiam diri dan tidak memberi sebarang respon terhadap komen-komen tersebut.

Kila mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2010 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.