Kecantikan pelakon filem Polis Evo 2 (PE2), Raline Shah ketika menghadiri majlis perkahwinan aktor popular Indonesia, Baim Wong dan Paula Verhoeven menjadi perhatian netizen.

Foto yang dimuat naik oleh Raline di akaun Instagramnya itu merakamkan aktres cantik yang menyarungkan busana berwarna biru firus sedang tersenyum ketika mengambil gambar bersama pasangan pengantin.


Menerusi entri berkenaan juga, Raline turut mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada sahabat baiknya itu.

“Akhirnya… My (jelek) / MJ bestfriends wedding. Selamat ya @baimwong dan @paula_verhoeven.
“Semoga langgeng sampai kapanpun. Baim yang selalu menjaga dan menyayangi dengan tulus sekarang udah ada yang jagain! Love you guys,” tulisnya.

Akhirnya....My (jelek) / MJ bestfriends wedding ??Selamat ya @baimwong dan @paula_verhoeven semoga langgeng sampai kapanpun. Baim yang selalu menjaga dan menyayangi dengan tulus sekarang udah ada yang jagain! Love you guys❤️

A post shared by Raline Shah (@ralineshah) on

Sementara itu menerusi ruangan komen foto perkongsian Raline itu dihujani dengan komen-komen positif yang memuji penampilannya.

Tidak kurang juga ada yang mengusik dan juga mendoakan semoga Raline dipertemukan dengan jodoh yang baik.

“Kak Raline bila? Biar ada yang menjaga dan menyayangi dengan tulus,” tulis @nurulazm_

“Boleh tak nak jujur? Kenapa Raline lagi berseri daripada pasangan pengantin” coret @popi_mulya

Baim selamat bergelar suami kepada model dan aktres Paula Verhoeven dengan sekali lafaz pada Khamis.
Pasangan itu telah selamat diijab kabul dalam sebuah majlis ringkas yang berlangsung di The Tribata, Jakarta, Indonesia.

Dalam perkembangan lain, Raline muncul dengan filem terbaru Polis Evo 2 dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Hasnul Rahmat. Erra Fazira dan ramai lagi.

Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini telah menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 20 November lalu.

Dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!

Foto: Instagram @ralineshah