Penyanyi dan bintang Malaysian Idol 2, Nita Hamzah menarik perhatian ramai apabila berkongsi gambar bertudung menerusi sebuah posting terbaharu di laman Instagramnya.

Menerusi entri tersebut, ramai memuji kencantikan Nita apabila dia tampil dengan imej bertudung.

"Sometimes the eyes speak more than the lips," tulisnya ringkas.

Rata-rata peminatnya mengakui terkejut dengan perubahan imej yang dilakukan oleh Nita dan mendoakan agar penyanyi itu terus istiqamah selepas ini.

Sometimes the eyes speak more than the lips.

A post shared by Nita Hamzah Official (@nitahamzah) on


Peminatnya juga mengakui suka dengan imej bertudung Nita kerana dia dilihat lebih sopan dan manis.

"@cik_puspawangi87: Manisnya kakak kita ini bertudung."

"@nurul_maarof: Makin cantik sis Nita, harap terus istiqamah ye. Kami doakan yang baik-baik untuk sis."

"@lynn_niena: @nitahamzah semoga terus istoqomah sis. So cantik. Alhamdulillah such a good creation."

"@syahrul_nizam92: Bila nak comeback sing lagi you so talented la Nita. You look pretty."