Penyanyi terkenal, Tomok berkongsi keputusan peperiksaan anaknya, Arrianshah Akid yang memperoleh gred cemerlang.

Perkara itu dikongsi Tomok menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

"Ayah bangga dengan anak ayah," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Dalam keputusan peperiksaan tersebut, Arrian yang berusia enam tahun itu memperoleh gred A dalam sepuluh matapelajaran yang diambilnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Tomok mengucapkan tahniah dan memuji kepintaran Arrian.

ayah bangga dengan anak ayah ?

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on


Tomok mula mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Andrashah Iman yang berusia empat tahun.