Ingat mudah nak belajar vokal? Kalau tak percaya mesti anda akan terkejut melihat teknik yang diajarkan oleh guru vokal popular Cikgu Shafi kepada bintang GV5, Billy Zulkarnain.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram rasmi pasangan penyanyi duo itu, mereka berkongsi cara Cikgu Shafi melatih vokal dengan cara menggosok gigi!

"Pernah terfikir apa yang kami perlu buat semasa menghadiri kelas vokal bersama @cikgushafi?

"Nah, kami kongsikan video," tulis mereka menerusi entri throwback itu.

#throwback Pernah terfikir apa yang kami perlu buat semasa menghadiri kelas vokal bersama @cikgushafi ? Nah, kami kongsikan video @billyrabilyalmahrus @nine.mike @bzbodies_ #teambillyzulkarnain #billybz9 #ninebz9 #billyzulkarnaingv5 #bz9 #bzbodies2018 #bzbodies #throwback #vocaltraining #shafivocalstudio

A post shared by Billy Zulkarnain (@billyzulkarnainofficial) on


Dalam video itu, kedua-dua mereka dikehendaki bercakap mengikut ayat yang diberikan Cikgu Shafi sambil menggosok gigi.

Malah, teknik itu diakui sendiri oleh Nine berhasil membentuk sebutan lebih jelas dan baik.

"Mula-mula rasa pelik buat, tapi tak sangka selepas beberapa minit, pronounciation jadi better bila nyanyi," katanya.

Teknik warming up gosok gigi itu difahamkan telah mula dipraktikkan sejak berpuluh-puluh tahun lalu dimulakan dengan berkumur air suam.

Billy Zulkarnain menjadi finalis GV5 dan berjaya menduduki tangga keenam pada konsert akhir yang berlangsung Ahad lalu.

Duo itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

GV5 telah bersiaran selama lapan minggu secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.