"Nak kata suara I tak sedap, saya rasa vokal I dah tahap tinggi," itu antara penjelasan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang keliru muzik video trending nombor satu walau banyak tanda dislike.

Tambah Aliff, single terbaharunya, Biar Apa Orang Kata itu ditujukan khusus buat individu yang rasa rendah diri.

"Saya buat lagu ni khusus kepada mereka yang rasa rendah diri sebab semua orang itu elok tak kira hitam, pendek, gemuk atau putih?

"Jangan lupa dengarkan di YouTube dan platform digital media yang lain," katanya menerusi entri di Instagram.

View this post on Instagram

pelik ramai yg dislike?? nak kata suara i tak sedap .. saya rasa vokal i dah tahap tinggi... tranding no1 in malaysia ... siapa dah tngok #biarapaorgkata di youtube sy buat lagu ni khusus kpd mereka yg rasa rendah diri sbb semua org itu elok tak kira hitam,pendek,gemok atau putih?? jgn lupa dengarkan di youtube dan platfom digital media yg lain.. . . ... yg palaing best dlm mv ada kemunculan khas @wakdoyok @official.forteen @vicha_barbie @kakgirlsebenar @arjalee @zoeyrahman dato @zielajalil kak @lizza_abdullah @datosrisalmahismail dan byk lagi .. kalau arah tak melintang ahad ni sy reles ok full mv?? #inibknbajumodel #nosexy #tiadatarianbobo #laguberisemangat

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Sehingga kini, sejak dimuat naik di YouTube pada 18 November lalu, muzik video Biar Apa Orang Kata telah ditonton lebih 518,000 kali.

Manakala, video itu mendapat tanda dislike 26,000 lebih tinggi berbanding tanda like, 18,000.

Biar Apa Orang Kata menampilkan beberapa artis popular seperti Wak Doyok, Forteen, Vicha, Arja Lee, Zoey Rahman, Ziela Jalil dan ramai lagi.

Muzik video penuh Biar Apa Orang Kata akan dimuat naik di YouTube pada hari Ahad ini.