Baru berjinak dengan media sosial, penyanyi tersohor Shahrul Anuar Zain atau Anuar Zain baru sahaja membuka laman Instagram peribadi pada 12 September lalu.

Sudah meraih 28,000 pengikut di laman sosial terbabit, Anuar banyak belajar selok belok mengenai dunia internet dan mula mengenali 'perangai' netizen yang tidak masuk akal.



"Bila saya buka laman sosial Instagram, baru saya tahu wujudnya segelintir pihak yang gemar memberikan komentar negatif secara sengaja. Sejujurnya, saya terkejut dengan perkara terbabit.

"Adakah netizen yang meninggalkan komen berunsur jahat tidak takut dengan kesan yang bakal menimpa apabila mereka meninggalkan komen negatif di merata tempat?

What a beautiful City Prague is... Diatas Charles Bridge Throwback 17.9.18

A post shared by Shahrul Anuar Zain (@anuarzain70) on

Muka lega selepas mengundi hari itu ? sampai 4.30pm Nasib baik tak ramai orang.. sempat... You all pergi mengundi tak? Throwback PRU 14 13.9.18

A post shared by Shahrul Anuar Zain (@anuarzain70) on

Selamat Pagi... Have a great weekend everyone Tekan Like kalau pernah sampai & tekan Like kalau suka gambar & video diatas ??? 15.9.18

A post shared by Shahrul Anuar Zain (@anuarzain70) on


"Saya ada berbual dengan Siti Sarah yang sememangnya aktif dalam laman sosial. Sarah nasihatkan saya agar saya tidak mengambil hati dengan komen negatif.

"Kata Sarah, saya hanya perlu membacanya sekali imbas sahaja dan tidak perlu disimpan di dalam hati atau membalas komen terbabit," katanya.

Tambah Anuar, dia baru sahaja menyedari kepentingan media sosial untuk kerjaya seni, perniagaan serta komunikasinya dengan peminat.

"Saya masih belajar bermain Instagram. Baru saya sedar yang media sosial banyak kelebihan jika digunakan dengan baik. Apa yang penting, saya lebih rapat berkomunikasi dengan peminat dan itu akan membuatkan mereka gembira," katanya lagi.

Anuar ditemui sejurus usai membuat persembahan di Kejohanan Badan Cantik Mr Sexy 2.0 2018 anjuran Fitness Inspire di Bandar Saujana Putra, baru-baru ini.







Selain Anuar, pertandingan yang membabitkan lebih 300 peserta itu diacarakan oleh Haziq Hussni dah Sharifah Shahirah manakala Syamel dan Syafiq Farhain turut hadir membuat persembahan.

Turut hadir adalah Pengarah Urusan Fitness And Health Inspire Sdn Bhd, Fahrulrazi Kassim.

Pertandingan terbabit membabitkan tiga kategori iaitu atas 170 sentimeter, bawah 170 sentimeter, junior (bawah 23 tahun), Best Pose dan Champ of Champ Mr Sexy.

Juara kategori Junior dirangkul oleh Muhammad Akhtar Shamin yang membawa pulang wang tunai RM3,000 manakala juara bawah 170 sentimeter diungguli oleh Syarul Mike Mahen yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM9999.99.

Juara atas 170 sentimeter diungguli oleh Muhd Ammar Afandi yang membawa pulang wang tunai RM9999.99 dan juara Champ of Champ Mr Sexy juga turut diraih oleh Syarul Mike Mahen yang membawa pulang wang tunai RM1,500.