Pelakon popular, Aeril Zafrel telah menerima mesej dari seorang individu yang menawarkan perkhidmatan 'Sugar Mummy' terhadapnya.

Perkara itu dikongsi Aeril menerusi sebuah entri di Instagram untuk tatapan umum.

"Alamak ada mama gula offer lah, dia nak gula ke, saya ada duit lama saja ni," tulisnya berbentuk gurauan di ruangan kapsyen.

Sementara di ruangan komen, rata-rata pegikut Aeril merasakan perkara itu mencuit hati mereka, ada juga yang terkejut kerana perkhidmatan yang ditawarkankan itu dimiliki oleh sebuah syarikat.

alamak ada mama gula offer la.. dia nak gula2 ke???? sy ada duit lama je ni..

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on


Aeril mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2006 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.