Pelakon Shaheizy Sam bakal membuka akaun Instagram untuk anak keduanya.

Selepas menyambut kehadiran cahaya mata pertama, Syeriv Samheizy pada 9 Mei tahun lalu, isteri Sam, aktres Syatilla Melvin kini sedang sarat hamil anak kedua.

"Saya akan jadi anak yang paling gembira seandainya zaman saya lahir dulu sudah ada Instagram dan ibu saya ambil gambar saya sewaktu kecil sehingga sekarang.

"Saya hanya ingin menunjukkan kepada anak-anak saya, satu hari nanti apabila mereka sudah dewasa, daripada gambar pertama yang kami sebagai ibu bapa rakamkan sehingga dia membesar.

"Saya nak mereka nampak, 'macam ini rupanya aku masa kecil', 'macam ini rupanya video kasih sayang yang mak bapa aku tunjuk kepada aku'.

"Saya akan rekod, saya akan buat akaun Instagram dan menampilkan perjalanan kehidupan anak saya sampai saya tua nanti," kata Sam kepada HLive!


Dalam perkembangan lain, filem lakonan Sam, Polis Evo 2 bakal menghangatkan pawagam bermula 22 November ini.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).