Datuk pelakon Eina Azman yang kini terlantar akibat serangan angin ahmar akan berkahwin semula dengan bekas isterinya tidak lama lagi.

Menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagram Eina, pasangan itu sebelum ini telah berpisah selama 17 tahun.

"Alhamdulillah selepas 17 tahun datuk dan nenek saya berpisah, sekarang mereka memutuskan untuk berkahwin semula.

"Walaupun kedua-duanya kurang upaya strok,tetapi mereka nak jaga satu sama lain.

"Nama Eina pun Aki ingat lupa, tetapi Aki boleh ingat nama penuh Tok dan cara nak akad nikah.

"Nampak sangat excited nak kahwin semula.

"Semoga Aki dan Tok berkekalan hingga ke jannah," tulis Eina yang berjanji untuk berkongsi foto perkahwinan datuk dan neneknya.

Alhamdullilah after 17years My Grandpa n Grandma dah berpisah... n now they decide utk kahwin semula? even dua2 kurang upaya “stroke” but they still nak jaga each other :,) even nama eina pun aki ingat lupa? but aki boleh ingat nama penuh tok n cara nak akad nikah? nampak sgt excited nak kahwin semula ?? semoga aki n tok berkekalan hingga ke jannah ?????? I love you ❤️ #gambarkahwinantisayashareya

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on


Momen menyentuh hati Eina dan datuknya itu mendapat reaksi positif dan doa daripada kalangan peminat pelakon itu.

Malah, ramai yang sudah tidak sabar menantikan tibanya majlis pernikahan datuk dan nenek Eina.