Pendatang baru, Shalma Eliana mengakui tidak terkesan dengan lambakan penyanyi baru dalam industri muzik tanah air.

Menurut Eliana atau lebih mesra dipanggil Yana, dia tidak menganggap penyanyi baru adalah persaingan buat dirinya.

"Bagi saya, semua orang mempunyai perjalanan masing-masing dalam industri muzik ini.

"Saya menganggap ini bukan persaingan antara pendatang baru.

"Saya ingin bersama-sama berkembang dalam industri muzik ini bagi mewakili generasi kami," katanya.

Yana berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single dan muzik video terbarunya 'Janji Terindah' di Mighty Monster IPAC Damansara, baru-baru ini.

Tambah Yana, dia percaya masing-masing mempunyai kelebihan dan kelainan tersendiri," katanya kepada Gempak.

Nukilan lagu Janji Terindah dicipta khas dan diilhamkan oleh penyanyi hip hop terkenal di dalam industri muzik tanah air iaitu Malique dan Dedeq.

Janji Terindah mengisahkan tentang luahan rasa hati antara pasangan bercinta dan perjanjian terindah antara mereka.

Janji Terindah boleh didapati di portal muzik digital seperti Joox, Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Channel: @ShalmaElianaVEVO mulai 16 November.