Pelawak Abam dari kumpulan Bocey mengakui proses mahu mengurangkan berat badan yang sedang diusahakan olehnya menjadi tidak menentu.

Semuanya kerana kekangan kerja yang membuatkan proses mengurangkan berat badan menjadi perlahan.

"Saya masih dalam proses untuk mengurangkan berat badan. Kadang-kadang proses terbabit jadi 'on off' kerana kekangan kerja.

"Kadang-kadang saya bekerja malam, balik waktu pagi. Waktu makan tidak terjaga dan rehat juga tidak cukup.

"Jadi proses itu bergerak perlahan. Tetapi kalau boleh, saya memang nak kurangkan lagi berat badan," kata Abam kepada HLive.

Sebelum ini, Abam berusaha mengurangkan berat badannya demi kesihatan dan inisiatif terbabit mendapat perhatian ramai pihak.

Rata-rata peminat memuji dan memberikan semangat untuk Abam mencapai cita-citanya.

Abam bersama ahli kumpulan Bocey yang lain iaitu Fad dan Achey kini muncul dalam Maharaja Lawak Mega 2018 yang bersiaran setiap Jumaat pada pukul 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan 'on demand'.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).