Kandungannya sudah masuk usia 20 minggu, namun Alhamdulillah dengan kehendak Allah swt, hari ini Puteri Sarah Liyana berangkat ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah bersama suami tercinta, Syamsul Yusof beserta anak sulung mereka.

Assalammualaikum, kami sekeluarga akan berangkat ke tanah suci. Sekiranya ada salah dan silap atau terkasar bahasa... kami ingin memohon maaf. Doakan segalanya dipermudahkan..

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on


Memuat naik sekeping gambar sekeluarga di lapangan terbang sebelum berangkat, Puteri Sarah memberitahu mereka sekeluarga akan ke tanah suci. Beliau juga memohon maaf jika ada salah dan silap atau terkasar bahasa, serta memohon doa semoga semuanya dipermudahkan.

Semoga mereka sekeluarga memperolehi umrah yang mabrur, InsyaAllah.