TUTUP

Tegur Ada Makanan Terselit Di Gigi, Netizen 'Back Up' Syed Saddiq

Hiburan
Tegur Ada Makanan Terselit Di Gigi, Netizen 'Back Up' Syed Saddiq
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memuat naik foto menghadiri majlis perkahwinan pelakon Ben Ali dan Nadiyah Shahab dan ia ternyata menarik perhatian pengikutnya.

Saddiq berkongsi dan memuat sekeping foto beserta kapsyen untuk tatapan umum.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Congrats brother. May Allah bless the 2 of you always.

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on


Rata-rata pengikutnya berseloroh mengenai foto itu yang melihatkan terdapat cebisan makanan di gigi Saddiq.

"@aqil_yusof: Yb kat gigi tu ada selit sikit."

"@imanjaszman: Yb ada makanan celah gigi melekat."

"@nabilahsuhaimy: Yb kat gigi ada terselit daun sup."

"@aizat.lufias: Yb kat gigi tu ada selit bawang goreng."

"@quraturazi: Gigi yb ada benda auchh @_iamnxl_."

Namun, ada segelintir netizen yang mempertahankan dengan menyatakan itu adalah perkara biasa terjadi serta Saddiq juga merupakan manusia sama seperti yang lain.

"@liliyayanono: Alahai. He's also a normal human being. Bukan all the time nak make sure his appearance perfect. Chill dear netzs."

"@farah_ikaosman: Macam la korang tak pernah makanan terselit kat gigi, kecoh betul yang komen."

"@vilmaqudsz.jude: Kecoh pasal makanan terselit di gigi..Gigi kamu? Ada kamu check? Makanan terselit di gigi lebih baik daripada jongang."

"@fairshah_: Ala standard la lepas makan gi selfie terus. Janji gigi lawa. Steady Yb. Your speech was inspiring."

Sekadar info, Ben dan Nadiyah telah selamat menjadi pasangan suami isteri pada 10 November lalu di Singapura.

Pasangan tersebut telah mengadakan majlis resepsi yang diadakan di Glam Hall Mercu Mustapha Kamal, Sabtu lalu.
 

Artikel Berkaitan