Konsert akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) malam tadi berlangsung dengan sangat meriah dan Noryn Aziz dinobatkan sebagai juara.

Dengan markah 78.4 peratus, Noryn jauh meninggalkan lima finalis lain yang berentap dan beraksi secara langsung di Wisma MBSA Shah Alam itu.

Bagaimanapun, semua finalis telah menerima markah tertinggi dan bersaing sangat sengit apabila naib juara hingga tempat yang ke enam masing-masing menerima markah antara 64.9 hingga 69.4 peratus.

GV5 Akhir menyaksikan semua finalis berentap dengan dua tugasan yang diberikan iaitu lagu duet dan lagu battle antara bintang yang mana mereka perlu menyanyi rap.

Pemarkahan peserta diberikan sepenuhnya oleh juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta Datuk DJ Dave dan Joe Flizzow hadir sebagai juri jemputan di pentas akhir.

Di bawah merupakan kedudukan dan markah keseluruhan bintang GV5 mengikut urutan serta komen juri.

Tugasan Duet

1.Noryn Aziz, 78.4%

Laskar Cinta (duet Awi Rafael)
Joe Flizzow: Setiap kali saya dengar Noryn menyanyi saya akan terpukau, seperti malam ini juga. Jadi, hari ini awak membuktikan awak antara penyanyi yang mempunyai vokal terbaik.

2.Dia Fadila, 69.4%
Makin Aku Cinta (duet Ajai)
Datuk DJ Dave:Kamu telah membuktikan guru vokal boleh menyanyi dan saya harap kamu boleh berjaya selepas ini.

3.Zamani, 68.3%
Lagu Jiwa Lagu Cinta (duet Ameng Spring)
Joe Flizzow- Saya rasa kamu telah memaparkan kekuatan vokal sebenar kerana seperti yang kita semua tahu kamu dikenali dengan suara lunak.

4.Amelina, 66.1%
The Power Of Love (duet Bob Yusof)
Datuk Khadijah Ibrahim- Nyanyian sungguh mantap. Lagu Celine Dion bukan mudah untuk dibawakan. Saya bangga dengan awak.

5.Maya Ruslee, 65.8%
Nisan Cinta (duet Ernie Zakri)
Datuk Ramli MS: Tentang nyanyian semua okay. Saya harap kamu terus berkarja selepas ini.

6.Billy Zulkarnain, 64.9%
Curiga (duet Idayu)
Datuk DJ Dave: Sebenarnya kamu ni unik kerana bakat kamu itu telah complete each other.

Tugasan Battle

1.Dia Fadila vs Noryn Aziz
Lagu: Where Is The Love
Joe Flizzow: Amazing performance. Sangat baik dan natural. Awak buat seperti your own style dan comfortable!

2.Amelina vs Maya Ruslee
Lagu: Teman Pengganti
Joe Flizzow: Saya sangat kagum kerana ia satu persembahan yang kemas.

3.Zamani vs Billy Zulkarnain
Bunga
Joe Flizzow: Persembahan yang terbaik. Tak sangka Abang Zamani boleh rap dan persembahan ini sangat menarik.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.