Menepati ramalan, Noryn Aziz diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza musim kelima (GV5).
Menewaskan lima peserta lain, Noryn membawakan lagu Laskar Cinta di segmen duet bersama Awi Rafael serta menyanyikan lagu rap Where is The Love bersama Dia Fadila di segmen battle.
Noryn berjaya merangkul wang tunai RM100,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.
Naib juara, Dia Fadila berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.
Dia membawakan lagu Makin Aku Cinta di segmen duet bersama Ajai serta menyanyikan lagu rap Where Is The Love bersama Noryn Aziz di segmen battle.
Tempat ketiga dirangkul oleh Zamani yang membawakan lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta di segmen duet bersama Ameng Spring serta menyanyikan lagu rap Bunga bersama Billy Zulkarnain di segmen battle.
Zamani berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.
Zamani juga turut memenangi gelaran Bintang CUCKOO Paling Gempak di konsert akhir ini.
Tempat keempat diraih oleh Amelina yang berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.
Amelina membawakan lagu The Power of Love di segmen duet bersama Bob Yusof serta menyanyikan lagu rap Teman Pengganti bersama Maya Ruslee di segmen battle.
Tempat kelima dimenangi oleh Maya Ruslee yang membawakan lagu Nisan Cinta di segmen duet bersama Ernie Zakri serta menyanyikan lagu rap Teman Pengganti bersama Amelina di segmen battle.
Maya berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.
Billy Zulkarnain berjaya mendapat tempat keenam dan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.
Mereka membawakan lagu Curiga di segmen duet bersama Idayu serta menyanyikan lagu rap Bunga bersama Zamani di segmen battle.
Seperti kebiasaan, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim berada di kerusi juri tetap manakala Datuk DJ Dave dan Joe Flizzow menyertai mereka berdua sebagai juri jemputan.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GV5 bersiaran secara langsung dari Auditiorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV5 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau di Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.
Kamaruddin Razal
Sun Nov 18 2018
Firdaus Wong Lapor Polis Ugutan Bunuh, Pukul & Fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
Muat Naik Gambar Di Gunung Kinabalu, Instagram Lee Min Ki Dibanjiri Komen Peminat Tempatan
Pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ki mengejut peminat apabila memuat naik beberapa keping gambar ketika berada di Gunung Kinabalu, Sabah.
Suami Sandra Dewi Kena Tangkap Kes Rasuah, Netizen Ungkit Kahwin Di Disneyland & Beri Anak Jet Peribadi
Harvey Moeis ditahan atas dakwaan menerima rasuah dengan nilai mencecah trilion rupiah dalam urusan perniagaan terkait perlombongan biji timah yang merugikan negara.
“Saya Tak Benarkan Diana Buat Bariatrik” - Farid Kamil
Farid percaya kurus secara semulajadi.
Anggap Wajah Asyik Jadi Duta Produk Sebagai Rezeki, Dato Fazley Tampil Dengan Koleksi Wangian Bau Pastri!
Hasil kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia, cef selebriti Dato Fazley Yaakob telah memperkenalkan koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum, yang dillhamkan dari kemahiran dan seni 'pâtissiers'
Uniknya Kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo! Ada Sampul Duit Raya & Filter AR Kad Raya
Converse Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Monkiddo
Alif Satar Nafi Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Syukur #GengSubuhMacamJumaat Diterima Baik! - "Saya Nak Semua Bersatu"
Selebriti versatil, Alif Satar bersyukur kempen solat berjemaah, #GengSubuhMacamJumaat diterima baik dan mendapat sambutan yang hebat dari pelbagai usia.
Kalini Sherry betul betul nervous! | Di Sebalik Tabir | You Know Nothing About Cooking | EP15
Siapa kata bila nampak tenang tapi semuanya ok? Dalam hati belum tentu lagi. Habis nervous Sherry bila nak kena masak sorang-sorang!
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Marlia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Marlia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Sharul Aimy Dilamun Cinta Dengan Gimnas Filipina? Ini Respons Pihak Pengurusan
Nama gimnas lelaki negara, Muhammad Sharul Aimy Hisam tiba-tiba menjadi bualan selepas tangkap layar yang memaparkan dirinya bergambar bersama atlet Filipina, Daniela Dela Pisa viral di media sosial.
"Tak Beradablah Pakai Baju Melayu Tunjuk 'Asam Keping'" - Hun Haqeem
Pelakon Hun Haqeem menganggap tindakan pereka fesyen tempatan yang memodenkan rekaan baju Melayu dengan perincian pelik sebagai perbuatan tidak beradab.