Pelakon Fasha Sandha selamat melangsungkan pertunangan bersama aktor Aidil Aziz.

Berita gembira itu dikongsi oleh portal Astro Awani menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

Astro Awani juga berkongsi satu foto yang merakamkan Fasha dan Aidil di majlis pertunangan mereka.

Tahniah diucapkan kepada pasangan @fashasandha & @itsaidilaziz atas pertunangan anda hari ini. Kami di Astro AWANI hanya menunggu kad jemputan perkahwinan dari kalian, ye! Foto Astro AWANI/Asyraf Roslan #501awani #awaninews #astroawani

A post shared by AstroAwani (@501awani) on

Terdahulu, Fasha dan Aidil mula rapat sejak tahun lalu, namun masing-masing berselindung apabila ditanya mengenai soal cinta.

Tahniah diucapkan buat Fasha dan Aidil.

Foto: Instagram @501awani