Penyanyi popular, Justin Bieber mengesahkan status perkahwinannya dengan model Hailey Baldwin.

Justin memberitahu berita baik itu menerusi satu foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya beru-baru ini.

Foto tersebut merakamkan Bieber sedang bersiar-siar sambil memegang tangan Baldwin.

“My wife is awesome,” tulisnya ringkas.

My wife is awesome

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber) on

Sementara itu, Baldwin juga mengesahkan perkara itu apabila menukar nama keluarganya kepada Bieber di akaun Instagram.

Biodatanya di laman sosial yang memiliki lebih 15 juta pengikut itu kini tertulis Hailey Rhode Bieber.

View this post on Instagram

absolute best friend.

A post shared by Hailey Rhode Bieber (@haileybieber) on

Bagaimanapun, Hailey masih menggunakan nama Baldwin untuk akaun Twitter dan Facebook.

Terdahulu, pasangan ini dilaporkan bertunang pada musim panas baru-baru ini manakala pada September lalu media melaporkan Bieber dan Baldwin sudah memperoleh lesen perkahwinan di Amerika Syarikat.

Foto: Instagram @justinbieber / @haileybieber