Pelakon yang popular menerusi filem Hantu Kak Limah, Delimawati menafikan dakwaan segelintir pihak mengatakan dia mahu berkahwin.

Menurut Delimawati, dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin dan tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki setakat ini.

"Saya tak nafikan ada segelitir pihak mengatakan saya mahu berkahwin, namun saya menafikan dakwaan itu.

"Saya selesa dengan kehidupan sekarang dan tidak bercinta dengan mana-mana lelaki.

"Boyfriend seinci pun takda nak kahwin macam mana?" selorohnya.

Delimawati berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Teater Muzikal Hantu Kak Limah yang akan bermula pada 24 hingga 31 Disember 2018 bertempat di Filem Animasi Park Studios (MAPS), Perak.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari www.mapsperak.com atau laman Facebook www.facebook.com/mapsperak.