Saingan minggu kedua program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) cukup mendebarkan apabila dua peserta tersingkir tapi persoalannya, siapakah peserta yang paling menyerlah pada minggu lalu?

Ketua Juri, Douglas Lim berkata, peserta solo Dany Beler paling menghiburkan dari aspek persembahan yang dipertontonkan.

"Sudah tentu topik sunat sudah paling kelakar tapi nampak dia lebih relaks dan boleh menarik perhatian penonton yang boleh kenal pasti ceritanya," katanya kepada Astro Gempak.

Begitu juga, Douglas memuji persembahan kumpulan Zero meskipun ceritanya pada mula tidak sepadan denggn penghujungnya.

"Itu teknik yang salah tapi kenakalan yang mereka tonjolkan iaitu tiga adik beradik begitu nakal kadang-kadang pada saya ia berjangkit.

"Orang lain tengok dia gembira, kita pun gembira. Mereka betul bersuka ria dan saya fikir Zero memberikan suatu persembahan yang menceriakan," katanya.

Meskipun Dany meraih perhatian ketua juri MLM 2018 tapi apa yang menyedihkan adalah dia berada di kedudukan terendah undian TikTok.

Jadi, inilah masa buat peminat Dany dan MLM 2018 untuk mengundi peserta kegemaran mereka menerusi TikTok.

Peminat dan penonton MLM 2018 boleh menghantar undian mereka melalui aplikasi TikTok yang merupakan peneraju global platform video pendek. Aplikasi TikTok boleh di muat turun melalui App Store dan Google Play Store di https://go.onelink.me/BAuo/mlm.

Selepas itu, peminat perlu log masuk atau mendaftar dengan menggunakan akaun sosial media sendiri.

Pada setiap Sabtu hingga Khamis, peminat mempunyai 10 undian sehari dan boleh menggunakan 10 undian tersebut untuk mengundi setiap peserta atau hanya untuk satu peserta kegemaran.

Hanya eksklusif pada Jumaat, peminat diberikan 50 undian dan boleh menggunakan 50 undian tersebut untuk mengundi setiap peserta atau hanya untuk satu peserta kegemaran.

Undian ini dibuka sepanjang minggu sehingga akhir rancangan. Bagaimamanapun, keputusan undian bergantung pada terma dan syarat tertakluk menerusi www.maharajalawakmega.com.my.

Jangan lupa menyaksikan MLM 2018 pada setiap Jumaat jam 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘on demand’.

Teks oleh: Elrafaei Sapi