Elrafaei Sapi
Thu Nov 15 2018
Pelakon jelita, Nur Fazura mengakui dia turut mempunyai perancangan untuk menimang cahaya mata bersama suami, Fattah Amin meskipun sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.
Ujarnya, setiap perkahwinan adalah berbeza dan ramai yang mahu berkahwin serta isteri mahu mengandung.
"Apa yang saya ingin katakan pada peminat, kami buka 'kilang' untuk menghasilkan anak dan apabila masanya tiba, Tuhan merestui, ia akan berlaku. Buat masa ini, sedang bersenam dan mencuba," katanya kepada media selepas ditemui pada majis sidang media Pelancaran Konsert Elmina Lakeside di Shah Alam, Selangor hari ini.
Jelasnya, dia ada menerima rawatan di sebuah hospital baru-baru ini kerana kesan alergi terhadap makanan.
"Saya tidak pernah ada 'allergic reaction' sebelum ini. Tiba-tiba saya ada makan sesuatu di restoran dan makan ubat, berlaku campuran kimia tersebut," katanya.
Di sebalik menjawab isu berbadan dua, Fazura juga tampil menjelaskan wujud pihak tertentu yang bertindak mahu melakukan sabotaj terhadap dia dan Fattah.
"Sebenarnya, mula-mula Fattah yang kena, mungkin ada niat nak memporak peranda perkahwinan kami. Saya tidak pasti tapi saya tahu daripada siapa dan pihak mana.
"Saya tidak boleh komen banyak cuma Allah itu Maha Berkuasa, apa saja fitnah dan cubaan untuk melakukan perkara yang boleh mencipta tanggapan pada orang lain bahawa sesuatu itu terjadi tapi sebenarnya tidak," katanya.
Jelasnya, dia sebenarnya tidak mengambil peduli perkara tersebut tapi ada peminat memberitahu padanya.
"Apabila saya dapat tahu, saya bersyukur kerana Allah tunjukkan perkara yang sebenar. Fattah pernah kena dan selepas itu saya.
"Objektif yang mereka cuba lakukan sejak bertahun-tahun tak habis-habis lagi adalah cubaan mahu meruntuhkan rumah tangga kami.
"Saya percaya setiap perkahwinan ada dugaan dan mungkin saya rasa dalam 10 orang, ada 2 peratus iaitu pihak yang sentiasa cuba mencipta sesuatu isu yang sebenarnya langsung tidak benar untuk buat saya dengan Fattah bergaduh dan sebagainya.
"Alhamdulillah perkara itu selesai dengan cepat kerana Allah tunjuk pada saya iaitu ia terjadi apabila wujud akaun palsu yang menyamar sebagai Fattah konon dia yang bertindak," katanya.
Fazura menyatakan Fattah sangat tenang berdepan situasi tersebut dan dia sendiri berasa sangat bertuah kerana mempunyai peminat yang sangat positif yang mencerminkan dirinya.
"Saya sangat bersyukur kerana mereka sangat fokus pada saya dan Fattah saja. Sifat yakin pada diri mereka membuatkan mereka tidak fokus pada diri orang lain," katanya.
Dalam pada itu, Fazura memberitahu dia memenangi anugerah Selebriti Usahawan Sepanjang Tahun dan syarikatnya meraih anugerah 'Most Promising Brand' pada satu majlis anugerah yang dianjurkan SME semalam.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @missfazura
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.