Perahu Bangau! 5 Fakta Tentang Kostum Nasional Miss Universe Malaysia 2018

Gaya Hidup
Perahu Bangau! 5 Fakta Tentang Kostum Nasional Miss Universe Malaysia 2018
Jika tahun lalu, kostum nasional nasi lemak Miss Universe Malaysia mencipta fenomena apabila tular di media sosial.

Tahun ini, kostum nasional untuk wakil Miss Universe Malaysia, Jane Teoh diperagakan kepada khalayak sebentar tadi.
 

Perahu Bangau dipilih untuk diangkat sebagai kostum nasional yang akan dipertandingkan di 67th Miss Universe bulan hadapan.

Kami kongsikan 5 fakta menarik tentang kostum nasional Perahu Bangau Miss Universe Malaysia 2018.

1. Kostum itu direka oleh Salleh Hamid.

2. Kostum yang mennyuntik warna emas, merah dan biru itu mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.

3. Motif burung bangau dipamerkan pada bahagian kiri bahu kostum terbabit manakala bahagian kanan merupakan kepala perahu.

Bangau dipercayai sebagai lambang semangat perahu untuk menjaga nelayan di laut.

4. Rekaan korset menjadi struktur utama kostum itu. Ia diserikan dengan motif awan larat yang popular dalam seni bina Melayu.
 

5. Skirt berkilauan pula diinspirasikan daripada warna-warna indah air laut.
 

Pertandingan Miss Universe kali ke-67 akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 17 Disember 2018.

Foto: Stail.my, wearelikely, Miss Malaysia Pageant

Artikel Berkaitan