Rakaman video penyampai radio ERA dan pelawak Fad Bocey membantu Abam yang tersepit sebelum program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 berlangsung mendapat perhatian netizen.

Ramai sgt yg tanya apa pengakhiran kisah abam tersepit .dah di cakap jangan main jauh2 .jangan nakal2 .dia buat jugak perangai .nasib tak sempat call bomba lagi .kalau tk almari tu mmg kena potong la nak keluarkan abam . @abam_bocik @acheykintangkintung @hafizul_wonghelmi77 wan

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on


Video yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya itu menunjukkan usaha kawan-kawan untuk membantu mengeluarkan Abam.

Menerusi video tersebut, Fad berdiri sambil ketawa melihat seluruh bahagian kanan badan Abam tersangkut di dalam ruang almari.

Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat keletah dan perangai mereka.

Namun, apa yang menjadi persoalan kepada pengikut ialah bagaimana Achey boleh turut berada di dalam almari itu bersama Abam.

"@bxdrulll_amin: Yang peliknye macam mana Achey masuk dalam tu."

"@pajelie_zainudin: Abam dah berjaya keluar..Sekarang korang tolong jawab macam mana Achey boleh ada dalam tu? Achey masuk dulu ke macam mane? Aku stress fikir hahaha."

"@irdnamlin_23: Persoalannya macam mana Achey masuk sekali hahaha."

Sekadar info, Bocey kini muncul dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 yang bersiaran setiap jumaat pada pukul 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan 'on demand'.