Wajah terbaru anggota kumpulan K-Pop terkenal BIGBANG, G-DRAGON yang sedang menjalani latihan khidmat ketenteraan menarik perhatian peminat.

Foto terbarunya itu didedahkan oleh pemilik sebuah restoran yang dikunjungi oleh G-DRAGON baru-baru ini.

Pemilik restoran berkenaan telah memuat naik foto ketua kumpulan BIGBANG itu di laman sosial sebelum foto tersebut menjadi viral.

Foto yang merakamkan G-DRAGON memakai pakaian kasual dan bertopi itu sedang tersenyum ke arah kamera.

Perubahan fizikal G-DRAGON atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong itu ternyata mengejut para peminat dan menjadi bualan hangat di media sosial.

Bagaimanapun rata-rata peminat memberikan komen positif dan meluahkan rasa lega apabila melihat idola kesayangan mereka sedikit berisi.

Ini kerana sebelum ini, peminat meluahkan rasa bimbang terhadap kesihatannya kerana kelihatan terlalu kurus ekoran terlalu sibuk dengan aktiviti seni selain mengadakan konsert.

Terdahulu, G-DRAGON memulakan latihan khidmat ketenteraan sejak 27 Februari lalu.

G-DRAGON bakal menamatkan khidmat ketenteraannya pada 26 November 2019.

Sumber: Allkpop