Aktres popular, Zara Zya memuat naik sebuah video menikmati nasi lemak di restoran miliknya.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya.

"People who love to eat are always the best people, I love my own nasi lemak," tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Zara memuji bentuk badan langsing yang dimilikinya walaupun dia adalah seorang 'kaki makan'.

Lebih menarik perhatian apabila pengacara dan pelawak, Jihan Muse yang turut meninggalkan komen.

"Aku sampai kena cut nasi sebab nak jaga badan, dia ni hari-hari mencekik nasi lemak tapi badan sekeping je, sakit pula hati kita," tulisnya.

People who love to eat are always the best people... I love my own nasi lemak. Only at Nasi Lemak Food Empire Melawati Mall KL @zarazyacooks

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on


Zara kerap berkongsi video menikmati makanan di Instagram dan ia sentiasa membuat netizen berasa cemburu dengannya kerana sentiasa berjaya mengekalkan bentuk badan yang langsing.