Bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Amelina akui rindu menyanyi lagu dangdut.

Kata Amelina, perasaan rindu hadir selepas dua bulan tidak mendengar irama lagu itu selain sibuk menjalani latihan dan persiapan sepanjang memasuki GV5.

Amelina berkongsi luahan hatinya dengan memuat naik video ‘throwback’ lagu dangdut nyanyiannya berjudul Rindu di akaun Instagramnya hari ini.

“Sejenis penyakit “rindu dangdut” tiba-tiba datang menyerang Kaklong ni! Aduhhhh lama sangat dah Kaklong tak berdangdut.

“Lama dah Kaklong tak bergelek langsung. Tiba-tiba dah tinggal beberapa hari nak final, Kaklong sebak pulak rindukan ‘identiti’ Kaklong.

“Maklumlah dah dua bulan Kaklong langsung tak dengar dangdut, jauhkan sebab nak pastikan lidah tak ‘terdangdut’.

“Hari-hari duduk practice lagu lain yang jauh sangat dari jiwa Kaklong. Harap-harap lepas ni taklah lain sangat bunyi dangdut Kaklong kalau show!

“Korang rindu tak dangdut Kaklong?! Kalau betul rindu, jom layan lagu #Rindu Kaklong ni khas untuk korang dan diri sendiri yang tengah meracau nak menghadam muzik rap!” tulisnya.

S L I D E T O T H E L E F T ?? . Sejenis penyakit “rindu dangdut” tiba2 datang menyerang Kaklong ni! Aduhhhh lama sgt dah Kaklong tak berdangdut. Lama dah Kaklong tak bergelek langsung. Tiba2 dah tinggal beberapa hari nak final, Kaklong sebak pulak rindukan ‘identiti’ Kaklong! ??☹️ . Maklumlah dh 2bulan Kaklong langsung tak dengar dangdut, jauhkan sbb nak pastikan lidah tak ‘terdangdut’. Hari2 duk practice lagu lain yg jauh sgt dari jiwa Kaklong. Harap2 lepas ni taklah lain sgt bunyi dangdut Kaklong kalau show! ?? . Korang rindu tak dangdut Kaklong?! Kalau betul rindu, jom layan lagu #Rindu Kaklong ni khas utk korang & diri sendiri yg tengah meracau nak menghadam muzik rap! ??? . #MindOrder #MindOrderManagement #Amelina #AmelinaxMindOrder #GengKaklong #TeamAmelina @amelinasoul @mindorder @gegarvaganzaofficial

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on

Dalam perkembangan lain, Amelina bakal menyampaikan lagu The Power of Love nyanyian asal Celine Dion bersama pasangan duetnya Bob.

Manakala untuk pusingan ‘rap battle’, Amelina bakal berentap dengan Mya Ruslee menerusi lagu Teman Pengganti nyanyian asal Black dan Malique.

Saksikan konsert akhir GV5 yang akan bersiaran pada 18 November ini dan ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut.

Foto: Instagram @amelinaamirsharipuddin