Buat pertama kalinya bintang Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Tauke mendedahkan wajah terkini anak perempuannya, Zamatul Khayla Aydina yang dilahirkan pada 26 Oktober lalu.

Menerusi akaun Instagramnya, Tauke telah memuat naik wajah puterinya beserta kapsyen mencuit hati.

Kapsyen tersebut meminta pengikutnya melihat sama ada Khayla lebih menyerupai wajahnya atau isteri, Nadia Mohd Affandi.

“Ok pertama kali wa up gambar anak wa toq… Sebab dia bisik kat wa suh up kat ig. Pandai pulak tidur mengiring. Lu tengok muka wa ke muka @nadiayaya6? #khaylaaydina,” tulisnya ringkas.

Ok pertama kali wa up gambar anak wa toq.. sebab dia bisik kat wa suh up kat ig?? pandai plak tidur ngiring...lu tgk muka wa ke muka @nadiayaya6 ? #khaylaaydina

A post shared by Toq Organization Officials (@taukejambu) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut berpendapat wajah Khayla lebih menyerupai bapanya.

Tidak kurang juga ada yang memberikan komen mengusik seperti:

“Muka ikut lu takpa toq... Perangai jangan ikut lu sudah...” usik @jujun77

“Muka bapaknya. Tak apa, tak apa. Ambillah dulu. Esok-esok mesti ikut mummynya hehe,” seloroh @eizahafiza

“Ya Allah comel sangat Tauke junior… Besar sikit mesti ikut muka mummy… Kecil-kecil bagi papa rasa bangga dulu la @taukejambu2 @nadiayaya6,” tulis @aida904576

Terdahulu, Nadia selamat bersalin di Hospital Serdang tepat jam 8.28 pada 26 Oktober lalu.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.

Tauke memiliki enam orang anak yang berusia antara lapan hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini.

Jangan lupa saksikan MLM 2018 yang diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Douglas Lim, Tya Arifin, Remy Ishak dan Scha Alyahya.

MLM 2018 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan video menarik tentang MLM 2018 layari MAHARAJA LAWAK MEGA.

Untuk mengundi Gempak Punch Line Machine, KLIK DI SINI.

Foto: Instagram @taukejambu