Kehilangan pelakon dan pelawak Zaibo meninggalkan kesan kepada bekas pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah.

Pernah bergandingan dalam sitkom Spanar Jaya, Wardina melakonkan watak Misha, anak kepada Pak Selamat lakonan Zaibo.

Menerusi laman Facebook, Wardina berkongsi pengalamannya bekerjasama dengan Zaibo.

"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu' anhu.

"I learnt a lot from him - he was literally my father when I played Misha in Spannar Jaya.

"I was unfortunate I did not have the opportunity to visit him. I'm sorry uncle Zaibo. Thank you for everything," tulis Wardina.


Zaibo telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 1.05 petang hari ini akibat menderita kanser esofagus.

Selain Spanar Jaya, Zaibo pernah membintangi filem Magika, Awan Dania The Movie dan sitkom popular Singapura, Under One Roof.