Pelakon terkenal, Norman Hakim mendapat perhatian ramai apabila berkongsi foto ketika zaman persekolahannya.

Norman berkongsi dan memuat naik sekeping foto dirinya memakai pakaian sekolah bersama rakannya di laman Instagram (IG) sempena peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Semalam mcm ramai naw artis yg trobek (throwback) pic masa depa SPM utk wish dan doakan adik2 yang ambik SPM . . ...dan Abang pun teruja nak gak trobek pic masa school2 dulu.Cari punya cari jumpa la jugak? . . So utk kali ke-2 sbb dah jumpa pic trobek ni,Abang nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM untuk hari ni pulak ye adik2 kesayangan Abang semua!? . . P/S:Usahawanita Negeri Perak in shaa Allah jumpa nanti ye tengahari nanti!?

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on


Rata-rata netizen memuji ketampanan Norman yang tidak berubah dari zaman sekolah sehingga sekarang.

"@drizharariff: Tak logik..Wajah tak berubah mengikut usia..Ajaib."

"@nur_aysha_syahindah: Sama tak berubah."

"@syasyasafiai: Kenapa mukanya tak berubah ni..Ni gambar 2 tahun lepas ke?"

"@yanaadorea: Masyaallah, muka maintain je sampai sekarang, handsome..Hero pujaan wanita."

"@ida_jr: Maintain hensem adik @normanhakim_786."

Peperiksaan SPM 2018 telah bermula semalam dan akan berakhir pada 13 Disember depan.