Bekas isteri pengacara Ally Iskandar, Farah Lee bergurau mengenai rupa paras anaknya, Maream Esbel yang dikatakan seiras dengan bapanya, Ally Iskandar.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Farah berseloroh dengan menyatakan dia yang melahirkan Maream dengan berat 3.28kg secara normal, 'induced' serta tidak mengambil epidural.

. Pada yang selalu cakap muka Maream sebijik daddy tu, at least bagi lah sikit kat omma yang beranakkan Maream 3.28kg secara normal, induced dan without epidural ni ? #nakcakapmukamacamdaddyjugakikutlah #sebabmukaommapunirasdaddy #tapijodohtakpanjangpun #berdosapercayamitostu ? Haha.. . Anyway omma pakai bawal dari @bidadarihouse dari Turkey ni.! Sejukk je kain dia and tahan lasak. Sesuai nak bawak gi travel. Yang corak2 pun banyak @bidadarihouse jual, boleh checkout IG dorang tau.! Mur mur je semua ???

A post shared by F. L. (@farahlee_) on


"Pada yang selalu cakap muka Maream sebijik daddy tu, at least bagi lah sikit kat omma yang beranakkan Maream 3.28kg secara normal, induced dan tanpa epidural ni," tulis Farah.

Kapsyen tersebut diletakkan bersama hashtag #nakcakapmukamacamdaddyjugakikutlah #sebabmukaommapunirasdaddy #tapijodohtakpanjang #berdosapercayamitostu

Rata-rata pengikut Farah di laman Instagram memberikan respon terhadap kapsyen tersebut.

Ada yang terhibur dengan hashtag Farah, malah ada yang berpendapat muka Maream seakan ibunya.

"@ladyqissra: Sama omma la."

"@zulizajupri: Sama la omma..Tang pipi tu."

"@ismisuria: Sebijik macam omma..Mata sama, senyuman sama."

"@zuraida_adiaruz: Senyuman macam omma."

"@nieeinqis: Senyuman ikut omma."

Farah dan Ally pernah mendirikan rumah tangga tetapi mahligai yang dibina hanya berkekalan selama empat tahun.

Mereka disahkan bercerai pada Ogos 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel.